Latar belakang La_rondine

Pada Oktober 1913, lembaga pengarah Carltheater dari Vienna meminta Puccini menggubah satu opereta. Setelah mengesahkan bahawa opera itu bercorak opera komik seperti opera “Der Rosenkavalier “ arahan Richard Strauss tetapi lebih bertenaga dan menarik, Puccini akhirnya bersetuju. Kerja penggubahan berjalan perlahan dan siap setelah dua tahun lamanya. Disebabkan perang Dunia I meletus di sebahagian negara-negara di Eropah, lembaga pengarah Carltheater dari Vienna melepaskan pegangan kontrak kepada syarikat lain, dan negara Monte Carlo yang tidak terbabit di dalam peperangan terpilih untuk opera pembukaan.

Jalan cerita La rondine agak sama dengan opera Giuseppe Verdi yang berjudul La traviata. Sesetengah pengkritik memanggil opera ini sebagai opera "lelaki malang La traviata".